Resepi Kek Perkahwinan



Assalamualaikum buat sahabat semua..
Shukran jazilan kasiran sudi singgah membaca..
Hari ini hendak berkongsi tentang resepi kek kahwin..

Nampak  sedapje kek di atas kan..indahnya perkahwinan jika sesedap rasa kek di atas ini..
Manis je selalu..Betulkah kek sentiasa manis?Mungkin bergantung kepada jenis kek juga..
Dan apakah ramuannya,bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya,cara mengadun,memasak,dan sekalipun cara menyimpan dan menikmatinya!
Jadi pentingkan bahan,teknik dan cara memasak kek ini demi menghasilkan kek yang baik,berkualiti,sedap,tahan lama..


Percaya tak bila terlihatkan kek boleh menghasilkan perasaan gembira,seronok..(teori/pendapat saya sendiri,uhu)
Ini baru lihat kek saja..seolah-olah boleh merangsang pegeluaran hormon endorphin dalam badan -yang memberikan rasa gembira..seronok..feeling of well-being..
Pernah tak kita bila ternampakkan kek lagi-lagi yang lawa,cantik,atau kek kegemaran kita akan terasa macam 'happy' ,atau in good mood sekejap? Even few seconds..
Harapnya bukan saya seorang saja berfikiran/berperasaan begini..hee..sungguhpun saya bukannya peminat tegar kek,tapi saya suka tengok kek!!
Sebab kek selalu dikaitkan dengan peristiwa yang menggembirakan seperti sambutan hari lahir,perkahwinan dan apa-apa majlis sekalipun..

Itu baru lihat,belum makan,bila makan kek yang sedap,terasa di awang-awangan? Soft feeling of a cake, with sweet taste, melting in the mouth..Itu kalau lembut!Jika keras,aha!Jadi itu sebabnya pentingnya cara masak kek yang betul..terlebih masak,terkurang memang mempengaruhi rasa sebenar sesuatu kek..


Perasaan seronok ni boleh timbul jika kita seorang yang sukakan kekla..jika tak suka,sedap atau unik bagaimana pun kek itu tak hadam juga,kan..Atau nice to look at but not eat?

Moga kek di atas semanis orang yang sedang membaca post saya ini..-D
Maniskan muka,dengan senyuman..tersengih?Tersengih pun tersengihla..
Tak semua kek ini manis,kek coklat atau coffee ada unsur pahitnya..
Tapi rasa pahitnya dicampur baik dengan kemanisannya menjadikan rasa kek itu tepat sekali..
Begitu jualah dengan perkahwinan dan rumahtangga,dalam manis pasti ada pahit getir cabarannya..Namun jika kita bijak mengadun,memasak kek tersebut pasti hasilnya memuaskan..Tambahan lagi
kita menikmatinya dengan sebaiknya,dengan kesyukuran,atas usaha berpanjangan kita memastikan kek itu masak dengan jayanya..

Apapun,resepi yang hendak dikongsi ini bukan resepi kek kahwin seperti rupa di atas..Sekadar perumpamaan..boleh dijadikan panduan,berunsur humor namun sangat berguna..fikir-fikirkan bersama..Moh kita baca!!



Resepi Kek Perkahwinan

Bahan :

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Perisa:
1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari

Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.

Tip:

- Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
- Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya
terjamin.)
- Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum
baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat
merosak kesihatan.
- Gunakan kasih sayang cap ‘DAKWAH’ yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian
Kesihatan dan Kerohanian.

Cara Memasak:

- Lelaki dan Wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
- Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
- Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di
depan penghulu.
- Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
- Kek Perkahwinan sedia dinikmati.

Catatan:
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan
hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera,
serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama ‘Tempat Ibadah’.
Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal.

Amacam?Nak mencuba tak..hah,jadi kena berusaha cari bahan-bahannya dahulu la! -)

Sumber dari buku Ya Allah,Aku Tak Ingin Sendiri karangan Burhan Sadiq..

...................................

Reminder (important!!) : Jangan makan kek manis2 terlalu banyak pula selepas ni,saya tak jamin atau bertanggungjawab jika anda boleh kena diabetes,he2..Hanya perumpamaan saja ..-p

-Kurangkan manis dalam masakan,banyakkan manis dalam senyuman-
-Manis yang bersesuaian dan bersederhana.
-Yang penting kekalkan kemanisan dalam rumahtangga!! -D

Sekian, wallahualam..

Comments